Bahagian 2

Datuk menghalakan muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang di mahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Ia mempermainkan datuk, macam tikus mempermainkan seekor kucing. Rusa itu merendahkan bandannya, kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang. Datuk terkejut bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah berputus asa. Datuk mencari kesan tapak kaki rusa berkenaan dan menjejaknya. Datuk mencium daun-daun kering yang terdapat di situ. Akhirnay datuk merapatkan telinganya ke bumi.

Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar di perolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ, muncul seekor lagi rusa. Rusa ini jauh lebih besar dari rusa tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira kerana tembakannya  tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa berkenaan. Golok di tayangkan di depan mata rusa. Datuk membaca sesuatu dan menghentak ulu golok ke tanah.

Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun dan serentak dengan itu, di hadapan datuk sekarang muncul dua ekor rusa. Datuk terkejut, dia mula rasakan sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk mendengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan yang mengenai pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun semula menjadi tiga ekor.

Datuk yakin ada sesuatu yang tidak baik sedang belaku. Tetapi datuk bukanlah seorang manusia yang lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya di Acheh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawsan Beruas. Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga, empat, lima , enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring. Daun-daun hutan di sekeliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang di pijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun.

Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dia merasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Diat teringat pesan arwah neneknya di tanah seberang, "kalau berburu binatang dan merasa daging pangkal leher bergerak-gerak, alamatnya yang di buru itu bukan binatang lagi tapi berkemungkinan besar ianya adalah penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian.

Datuk meletakan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur menumpukan sepenuh perhatian serta mengumpulkan seberapa banyak tenaga dalaman sambil membaca zikir yang di amalnya. Melalui penglihatan pacaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan.


To be continue.....