Bahagian 3
Muka datuk jadi merah padam, peluh mula membasahi baju datuk, giginya dilagakan rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya terdiri lembaga yang berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit serta mempunyai gigi yang besar, dua giginya di sebelah kanan dan kiri terjulur keluar macam gading gajah. Ia di apit dengan enam jin lain yang sama hebat dengannya. "Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak seperti di tiup angin.
Datuk diam dan terus berzikir. "kau tahu apa kesalahan kau manusia?" Tambah suara itu. Badan datuk terus di basahi peluh. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan pada dirinya dengan ilmu batin yang di pusakainya dari Allahyarham neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya kedalam tubuh datuk. "Tidak," jawab datuk dengan berani. "kau masuk ke dalam kawasan larangan aku.""Aku sudah meminta kebenaran". "Aku tidak membenarkan". Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.
"Kalau kau tidak membenarkannya mengapa kau tidak memberi isyarat, semasa aku masuk tadi". Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya. "kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok-pokok hutan bergerak-gerak akibat aura yang dipercikan oleh jin itu. Percakapan datuk dengan jin semakin hangat. Secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar menjadi pertarugan kebatinan. Kemampuan dan kehebatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan di lengan. Peluhnya jangan dikira, terus menerus membasahi seluruh badan.
Datuk tahu kalau dia kalah, dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan walau dengan apa cara sekalipun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum kerana itu satu tanda yang baik. Kemenangan akan berpihak padanya. Datuk terus membaca jampi : "Jong jeli jong tali cemati, tebang buluh bunting pagi untuk melemang..." Belum sempat datuk habiskan jampinya, dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus menempik sekuat hati dengan menyeru nama guru batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : " Kalau aku kalah aku rebah, kalau aku menang aku berdiri kau pulang ke tempat asalmu!".
Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk pada kening rusa. Rusa yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan jadi sunyi dan pemandangan datuk kembali normal, yang wujud di depan datuk sekarang ialah sebatang pokok besar dengan akar-akar bergayutan mencium muka bumi. Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari anak-anak kayu yang bercabang tujuh yang condongnya mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Selepas itu, datuk memotong cabang tujuh itu seraya berkata : "Ini kawasan manusia dan kau telah pulang ke tempat asalmu".
Bercakap Dengan Jin 3
Bercakap Dengan Jin 2
Bahagian 2
Datuk menghalakan muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang di mahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Ia mempermainkan datuk, macam tikus mempermainkan seekor kucing. Rusa itu merendahkan bandannya, kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang. Datuk terkejut bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah berputus asa. Datuk mencari kesan tapak kaki rusa berkenaan dan menjejaknya. Datuk mencium daun-daun kering yang terdapat di situ. Akhirnay datuk merapatkan telinganya ke bumi.
Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar di perolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ, muncul seekor lagi rusa. Rusa ini jauh lebih besar dari rusa tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira kerana tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa berkenaan. Golok di tayangkan di depan mata rusa. Datuk membaca sesuatu dan menghentak ulu golok ke tanah.
Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun dan serentak dengan itu, di hadapan datuk sekarang muncul dua ekor rusa. Datuk terkejut, dia mula rasakan sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk mendengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan yang mengenai pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun semula menjadi tiga ekor.
Datuk yakin ada sesuatu yang tidak baik sedang belaku. Tetapi datuk bukanlah seorang manusia yang lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya di Acheh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawsan Beruas. Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga, empat, lima , enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring. Daun-daun hutan di sekeliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang di pijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun.
Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dia merasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Diat teringat pesan arwah neneknya di tanah seberang, "kalau berburu binatang dan merasa daging pangkal leher bergerak-gerak, alamatnya yang di buru itu bukan binatang lagi tapi berkemungkinan besar ianya adalah penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian.
Datuk meletakan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur menumpukan sepenuh perhatian serta mengumpulkan seberapa banyak tenaga dalaman sambil membaca zikir yang di amalnya. Melalui penglihatan pacaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan.
To be continue.....