Bahagian 1

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu tak payah jadi pemburu". "kenapa tok?". Dia tidak menjawab, datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dan dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga, sementara saya masih menunggu jawapan dari nya.

Tiba-tiba datuk bersuara. "aku x mahu cucu-cucu aku menjadi pemburu", kemudian dia duduk di anjung rumah kembali selepas selesai mengasah goloknya. Mendengar cakap nya itu saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan tidak mengajukan sebarang pertanyaan kepada datuk kerana datuk cepat naik darah kalau selalu di tanya dan di soal. Dia juga tidak suka orang membangkang percakapannya, terutama dari anak-anak cucunya sendiri.

Datuk memang handal memburu, tidak ramai orang-orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Datuk memang asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding di jelajahnya. Orang-orang kampung menganggap datuk bukan seorang pemburu sebarangan tetapi pemburu yang berisi, kalau tidak masakan dia berani masuk ke hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang buruannya tetapi dia akan memilih tepat di kening di antara kedua-dua kening binatang itu.

Setiap kali datuk masuk hutan, dia akan memulakan dengan melangkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Selepas itu datuk berhenti dan membaca sesuatu, lalu mematahkan ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya serta melemparkan ranting itu ke sebelah kiri. Datuk mendapat senapang kerana dia menjadi Home Guard atau A.P. Datuk meminta sendiri senapang pada kerajaan dengan alasan untuk menjaga tanahnya yang seluas 15 ekar yang di tanam dengan pokok getah dan durian dari serangan monyet dan babi hutan. Permintaan datuk di penuhi selepas pegawai polis, ketua kampung dan penghulu kampung memeriksa tanah datuk.

Datuk membeli senapang dari dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. sebelum itu datuk hanya memburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak pengalaman aneh yang datuk alami sepanjang memburu. Saya di antara cucu yang selalu mendengar cerita-cerita datuk itu kerana saya selalu menolongnya mencagkul di kebun serta menjadi temannya ke surau. Datuk selalu sayangkan saya kerana saya cucu lelakinya pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya.

Saya tahu apa kelemahan datuk dan dan kegemarannya. Datuk seorang yang pemurah dan suka mendengar orang membaca Al-Quran. Secara kebetulan saya adalah di antara cucunya yang terkenal membaca Al-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut untuk mengeluarkan wangnya untuk memberikan kepada orang yang mengaji Al-Quran, tetapi datuk tidak memberinya sendiri melainkan melalui saya. Biasanya datuk suruh memberi 10 ringgit, tetapi saya hanya beri separuh sahaja dan selebihnya saya simpan.

Pernah datuk ceritakan pada saya bahawa pada suatu ketika dahulu pernah datuk masuk ke hutan bersama-sama dengan rakan-rakannya berdekatan dengan Gunung Tunggal di kawasan Segari berhampiran dengan Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah di masuki manusia. Datuk dan rakannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa di sedari datuk terpisah dengan rakan-rakan kerana mengikuti seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa dari sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar.


To be continue........